Thursday 25 August 2011

Solat Terawih SMKRA 2011

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Solat terawih tahun ini dijalankan sama seperti tahun-tahun yang lepas, bersekali dengan majlis khatam Al-Quran.
Agak sedeih juga sebab kehadiran macam kurang je tahun ini, walaubagaimanapun ALHAMDULILLAH kerana tok Imam telah berjaya memainkan peranan yang pelbagai sehinggakan segala kepincangan pun tak kelihatan sangat.
Syukran ya Tok Imam.
Mabruk 'alaik


 Sujud mengabdi diri kepada Ilahi...
 Tiga saf ajer....
 Terawih yang sangat dinanti, ALLAHUMMA BALLIQNA RAMADHAN....AMIN
 Saf muslimat 2 setengah shj... semoga ALLAH menerima ibadah ini...AMIN
 Budak kecik 2 orang kat belakang tu khusyuk juga solat...ALHAMDULILLAH, pewaris anbiya' insyaALLAH...
 Cantik hiasan pentas....thanks to Kak Heir and the gangs...
 Anak ustazah Asiah sibuk membetulkan telekung umi kesayangan...., yang lagi sorang siap berdiri mcm bodyguard....
 Menadah tangan memohon keampunan, rahmat dan redhoNYA...moga dimakbulkan...AMIN
 Tertib dan penuh disiplin...Ummah Berkualiti...Jati Diri Tinggi...
 Dirikanlah solat......
 Sesungguhnya solat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar...

Alhamdulillah, selesai witir...menunggu tazkirah oleh imam besar yang kecil....

Khatam Al-Quran SMKRA 2011

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Bertarikh 24 Ogos 2011
Bertempat di Dewan Sri Murni, SMKRA
Alhamdulillah majlis ini telah berjaya dijalankan dengan kerjasama padu guru-guru yang terlibat.
Terima kasih semua.
Semoga diberkati ALLAH

Sekadar bingkisan untuk tatapan.

 Pemandangan sebelum acara bermula
 Nazrin macam kiyai dari Indon....
 Puteri Raja Abdullah khusyuk ....
 Sampai tak muat pentas...Alhamdulillah peserta tadarus tahun ni meningkat...

 Ada gaya Qari tak???
 Siapa calon terbaik?????
 Cikgu Noraini tekun dan khusyuk walaupun dihujung pentas
 Anak-anak puteri yang cenderung jiwanya kepada KALAMULLAH, insyaALLAH...
Cikgu Masatirah juga sibuk merakam kenangan khatam...dia orang kuat tadarus...terima kasih MAS...

Friday 5 August 2011

Kem Motivasi Pelajar SPM Baitulmal & Masjid Wilayah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Hari ni penat betul, balik sekolah pukul 4.15 sebab hantar anak-anak didik tersayang ke Masjid Wilayah. Namun syukur ALHAMDULILLAH mereka sudi menyertai program tersebut setelah puas dipujuk. Lihatlah wajah anak-anak murid tersayang.......

 Rahmah dan Firdaus...
 Nadiah dan Badrul
 Nabeela
 Noratika...
 Ustazah ajak posing dulu sementara tunggu Sabri, Dida dan Farah sampai
 
 Farahanim...
 Inilah Badrul, Sayuti dan Firdaus...
 Dida dan Farah posing dulu...
 Inilah dia wajah-wajah ceria nak pergi kem...
 
 Yang pakai songkok hitam tu Sabri, dia la yang paling last sampai sekolah...mungkin dah teringat kat mak dia tu...malam ni tak tau la macam mana?????
 
 Tengok tu hepi je Dida dan Farah...lepas ni kalau ada program boleh la bawa lagi ye...
 Tangkap gambar kat tangga pulak sebelum semua kena masuk dewan...Nabeela kutuk ustazah sbb asyik je nak tangkap gambar....tapi dia pun siap bawa kamera lagi...apa la....

Thursday 4 August 2011

Tadarus Al-Quran SMKRA hari ke-2 2011

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah....dugaan berjaya ditempuhi. Peserta tadarus pun semakin bersemangat nampaknya. Hari kedua tadarus juga dimulakan dengan tahsin Yaasin, lepas tu tadarus, lepas tu ada penerangan tentang tajwid sikit. Last sekali solat berjemaah.
Peserta tadarus ada yang tak tunggu untuk solat berjemaah sekali kerana ramai antara mereka terpaksa mengejar bas...Apa-apapun semoga selamat segala-galanya...
 bergerak membentuk halaqah selepas selesai tahsin Yaasin
 Tengok pelajar-pelajar ni, sejuk perut ibu mengandungkan mereka insyaALLAH
 Khusyuk meneliti bacaan rakan dan berdebar-debar juga menunggu giliran sendiri!!
 Cikgu Norzaiton, cikgu Noraini dan cikgu Wan, sedang mencari ayat yang yang patut disambung hari ini...hehe jumpa tak???
Ustaz ngadu sakit belakang sebab asyik tertunduk-tunduk kat setiap kumpulan untuk mendengar bacaan pelajar... Siapa ada minyak cap kapak boleh bagi ustaz pinjam kejap!!!

Hinga bertemu kembali....

Tuesday 2 August 2011

Tadarus Al-Quran 2 Ramadhan 1432H

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Bertemu lagi, kali ini kami ingin memaparkan coretan tadarus Al-Quran yang telah berjaya dijalankan hari ini. Alhamdulillah penyertaan guru dan pelajar amat membanggakan...diharap komitmen ini akan berterusan seperti yang dirancang...Jazakumullahu Khairal Jaza'

 Tadarus dimulakan dengan Tahsin Yaasin ayat 1-9
 Semua pelajar yang turut serta khusyuk Tahsin Yaasin
 Membetulkan bacaan Yaasin
 Ustaz Abdullah menjalankan tugas tetap dan berpencennya...
 Sejuk mata memandang, anak-anak siapa ni???
 Halaqah tadarus bermula, guru-guru yang paling awal mendaftar, jadi kumpulan nombor 1
 Ustazah Fadilah mendengar bacaan pelajar
 Ustazah Nor Asiah menyemak bacaan anak-anak didik yang dikasihi
 Ini dia bakal isteri dan ibu mertua pilihan....ALHAMDULILLAH
 Cikgu Firdaus sedang bertadarus sambil bertarannum...
 Solat Zuhur berjemaah selepas tadarus... saf muslimat bertambah...harap esok pun akan lebih ramai lagi.... mana pelajar-pelajar yang lain????
Alhamdulillah, dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan keji dan mungkar
Lepas ni pakat ajak kawan-kawan ramai-ramai memenuhi surau ye....