Thursday, 4 August 2011

Tadarus Al-Quran SMKRA hari ke-2 2011

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah....dugaan berjaya ditempuhi. Peserta tadarus pun semakin bersemangat nampaknya. Hari kedua tadarus juga dimulakan dengan tahsin Yaasin, lepas tu tadarus, lepas tu ada penerangan tentang tajwid sikit. Last sekali solat berjemaah.
Peserta tadarus ada yang tak tunggu untuk solat berjemaah sekali kerana ramai antara mereka terpaksa mengejar bas...Apa-apapun semoga selamat segala-galanya...
 bergerak membentuk halaqah selepas selesai tahsin Yaasin
 Tengok pelajar-pelajar ni, sejuk perut ibu mengandungkan mereka insyaALLAH
 Khusyuk meneliti bacaan rakan dan berdebar-debar juga menunggu giliran sendiri!!
 Cikgu Norzaiton, cikgu Noraini dan cikgu Wan, sedang mencari ayat yang yang patut disambung hari ini...hehe jumpa tak???
Ustaz ngadu sakit belakang sebab asyik tertunduk-tunduk kat setiap kumpulan untuk mendengar bacaan pelajar... Siapa ada minyak cap kapak boleh bagi ustaz pinjam kejap!!!

Hinga bertemu kembali....

No comments:

Post a Comment